Tuesday, November 11, 2008

35.5 Inches!

  1. Hari ni 1st day kedai aku bukak. Lepas lama bercuti. Sambil sambil mengemas kedai aku akhirnya jumpa jugak tali tape untuk ku ukur dengan segera size perutku yang membonjol ini.
  2. aku berdiri disebalik tabir. depan cermin dalam fitting room kedai aku. aku pastikan orang lain tak nampak apa yang aku cuba lakukan. aku segan. aku malu. nak ukur perut. aku selak baju aku. si bonjol membojol terbojol keluar. itu perutku. aku usap2 jap. gendang2 guna jari jemari. bunyik tup tup tup tap sayup sayup je. dengan perasaan yang sangat suka bercampur hiba, aku mengukur ukur lilit perutku.
  3. 35 setengah inci. besar ke? sama besar dengan perut Anjeli ke? ( kakak India kedai sebelah). Tapi dia pregnant 7 bulan. aku tak.
  4. apa apa pun tali tape ni aku simpan rapi di dalam kotak kecik atas almari. next week nak ukur lagi.
  5. by the way, sekarang aku memang tiap2 hari bangun je dari pagi, aku sit up 100 kali. sakit gila perut aku! setiap kali buat setiap kali tu la nak termuntah.
  6. hingga ke hari ni, dah 6 hari aku dah tak makan nasi. tak caya? mampos kau la!
  7. aku pun dah tukar style makan. agak lebih macho dan tenang. ku kunyah banyak kali. tak kira plak aku sampai berapa kali aku mengunyah before aku telan. tapi memang penat la kunyah banyak kali ni. tadi aku terpikir. kambing kan kalau makan mulut terkumat kamit mengunyah lama. buncit tak perut dia? tak kan? taik dia bulat2 kecil je. tapi takde plak taik aku bertukar camtu. kotor sial. najis.
  8. dengan segala kekuatan yang telah aku hasilkan, akhirnya aku berjaya memberhentikan peminuman air gas atau ayat ayat orang kota, air coke dan pepsi. percaya atau tidak? aku dulu tak reti langsung minum air berkarbonat ni. awek aku la ni. dia yang ajar aku. start dari situ la aku kegilaan air berkarbonat. sebab tu perut aku buncit? maybe. ye la time minum air gas ni kemana gas tu pergi? aku ni dah la jenis bukan sekali sekala minum. ada sampai sehari 2, 3 tin. maybe gas air tu terus terkumpul lalu membulat di perut ku yang pada mulanya agak comel. relevan?

















  9. petang2 aku nak mengamalkan cara hidup sihat dan bersukan. aku nak jogging 2 round padang cukup lah. lepas tu join bermain bola di padang. petang tadi dah buat dah. keletihan berjogging dan seronok bermain bola. esok buat lagi. jangan sehari je.
  10. dalam masa seminggu, ada malam aku nak peruntukkan untuk bermain badminton ada malam aku nak main futsal. lepas budak2 ni exam, aku akan usulkan benda ni. selasa malam badminton. khamis malam futsal. ok? cun!
  11. dengan segala usaha yang telah dan akan aku lakukan ni, harap2 la aku dapat me'reduce'kan beberapa inci perut aku ni. eh apa plak beberapa. aku dah tanak berperut buncit! aku nak perut aku flat. tegap. bergaya. baru awek aku bertambah tambah sayang kat aku. hidup aman dan bahagia.
  12. babi la kau perut. cepatla kempis!


2 comments:

eryzal zainal said...

meh aku pijak..cepat skit surut aku rasa~!

emofest said...

slow2..
bende tak jd kalo buat sekali..
kena berkali2...maintain omputih ckp../