Tuesday, June 30, 2009

aku harus bermimpi yang aku tidak pun buncit

  1. jaga jaga la
  2. aku kurus satgi....
  3. muka tak tembam satgi....
  4. perut tak buncit dah satgi.............

Tuesday, May 5, 2009

Tips Mengatasi Masalah Perut Buncit

Aduh!! Perut sudah buncit. Itulah…dulu tak jaga betul2. Sekarang menyesal tak sudah. Iyalah..orang lain pakai baju apa saja pun serba kena, tapi kita pakai baju macam mana pun serba tak kena. Kecuali T-Shirt labuh atau apa saja pakaian yg bersaiz XL atau lebih teruk XXL. Kalau pakai Jeans pun tak muat! Selalu sendat di perut sehingga nampak menggelembung. Sebenarnya perut buncit dialami oleh banyak orang disebabkan faktor diet yg tidak betul dan juga gaya hidup.Jangan risau. Anda bukan keseorangan mengalami masalah ini. Di sini ada cara untuk mengatasi atau mengurangkannya.

Minum Banyak Air

Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh.

Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin.. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Makan perlahan-lahan

Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut.

Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.

Mengurang Pengambilan Garam

Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Pengambilan Serat

Serat adalah elemen penting dalam diet, tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan penggelembungan, makanlah serat dalam buah-buahan seperti epal dan pear yang memiliki banyak kandungan air.

Awasi Ubat-Ubatan

Perut yang mengembang adalah efek sampingan dari pengambilan ubat.Aspirin kadang-kadang menyebabkan masalah perut yang mengakibatkan sembelit dan penggelembungan, termasuk pil kontrasepsi.

Hindari Sembelit

Sembelit didefinisikan sebagai memiliki lebih sedikit dari tiga kali buang air besar dalam seminggu atau jika terlibat ketegangan. Akibatnya perut terasa bertambah besar. Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan serat dari buah-buahan dan sayuran, amalkan secara berterusan untuk menghindari fermentasi dan pengeluaran gas yang berlebihan.

Bersenam

Olahraga atau bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dapat menyebabkan perut besar dengan mendorongnya keluar dari jaringan dan masuk aliran darah dimana akan dikeluarkan sebagai peluh atau dibawa ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air urine. Senaman yang disarankan seperti aerobik.

Tuesday, April 28, 2009

demam

  1. takyah risau
  2. bukan selsema babi

Monday, April 27, 2009

Taman Tasek Ayer Keroh

  1. Awek D-Cherry kerja kat situ
  2. Dekat pejabat Kelab Reakrasi Sukan
  3. Minggu ni aku jogging ikut trek kat situ
  4. Minggu depan cycling plak kat situ. RM3 satu basikal

Wednesday, April 22, 2009

buncit lagi

  1. mandi
  2. bogel
  3. tengok cermin
  4. pegang perut
  5. masih buncit
  6. masih besar
  7. mandi cepat
  8. aku busy
  9. mana ada masa nak exercise
  10. aku down.

Thursday, December 18, 2008

Hangat Hangat TAHI Ayam

  1. Jangan salah paham. walaupun aku suka berak. tapi aku tak suka tahi.
  2. Fak la. Apa malas sangat aku ni lately. jogging ntah ke mana ni. sit up sejurus selepas bangun tido pon dah tak buat.
  3. Ko ni nak kempiskan perut ke taknak ha?
  4. Kamonnnaaa!!! Jangan hangat hangat tahi ayam boleh?
  5. Jangan jadi pemalas!
  6. Sekarang orang dah tak tengok kehenseman wajah aku. tak tengok dah kemancungan hidung aku. tak tengok dah kesegakan baju yang aku pakai. kelebatan rambut aku yang lurus bak sutera ni pon orang dah tak tengok. SEKARANG ORANG NAK TENGOK PERUT AKU!!
  7. Kamonnnaaa!!! Rajin la sikit!!! Go Go Go Go!!! Bangun pagi sit up! Petang jogging! Jangan malas la! Aku tumbuk karang perut ni! %%$&**#@!!
  8. Emo!

Tuesday, December 2, 2008

Fikirkan Boleh

  1. Kalau kita berfikiran positif kita pasti boleh melakukan. boleh berubah kepada yang lebih baik. kita pasti kecapi kejayaan. begitulah juga dengan usahaku menidakkan buncit pada diri ini. ayat apa ni? hehe. serabut nya.
  2. baiklah masa untuk..... UPDATE SIZE PERUT!!!!! (menjerit macam iklan atau game show dalam TV)
  3. setelah sebulan usaha aku. aku berjaya tak makan nasi selama sebulan. orang nak cakap apa pon cakap la. bukan rugi pon makcik pakcik restoran kalau aku tak makan nasi berlauk time tengahari kat kedai dia.
  4. baru tadi aku ukur perut aku lagi. perasaan masa ukur tu bukan mudah nak digambarkan. rasa seperti hendak ke medan peperangan. rasa gugup. rasa gementar.
  5. akhirnya tali tape putih menunjukkan 34 inci. Alhamdulillah turun 0.4 inci dari minggu lepas. turun sikit pun takpalah. janji keep turun lagi.
  6. apa yang benting.. apa lancau benting pulak aku type ni. apa yang penting, aku perlu berfikiran positif. berfikiran boleh berjaya.
  7. nak senang cakap Fikirkan boleh! Fikirkan Boleh! nah amik kau lagu ni.

    Fikirkan Boleh

    Jika kau fikirkan kau boleh
    kau hampir boleh melakukan
    Jika kau fikirkan ragu-ragu
    Usahamu tidak menentu

    Jika kau fikirkan kekalahan
    kau hampiri kegagalan
    Jika kau fikirkan kemenangan
    kau hampiri kejayaan

    Engkaulah apa kau fikirkan
    Terkandung dalam pemikiran
    Berfikir boleh melakukan
    Fikirkan Boleh

    Percaya apa kau lakukan
    Tabah apa kau usahakan
    Bertindak atas kemampuan
    Engkau Boleh