- Kalau kita berfikiran positif kita pasti boleh melakukan. boleh berubah kepada yang lebih baik. kita pasti kecapi kejayaan. begitulah juga dengan usahaku menidakkan buncit pada diri ini. ayat apa ni? hehe. serabut nya.
- baiklah masa untuk..... UPDATE SIZE PERUT!!!!! (menjerit macam iklan atau game show dalam TV)
- setelah sebulan usaha aku. aku berjaya tak makan nasi selama sebulan. orang nak cakap apa pon cakap la. bukan rugi pon makcik pakcik restoran kalau aku tak makan nasi berlauk time tengahari kat kedai dia.
- baru tadi aku ukur perut aku lagi. perasaan masa ukur tu bukan mudah nak digambarkan. rasa seperti hendak ke medan peperangan. rasa gugup. rasa gementar.
- akhirnya tali tape putih menunjukkan 34 inci. Alhamdulillah turun 0.4 inci dari minggu lepas. turun sikit pun takpalah. janji keep turun lagi.
- apa yang benting.. apa lancau benting pulak aku type ni. apa yang penting, aku perlu berfikiran positif. berfikiran boleh berjaya.
- nak senang cakap Fikirkan boleh! Fikirkan Boleh! nah amik kau lagu ni.Fikirkan Boleh
Jika kau fikirkan kau boleh
kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu
Usahamu tidak menentu
Jika kau fikirkan kekalahan
kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan
kau hampiri kejayaan
Engkaulah apa kau fikirkan
Terkandung dalam pemikiran
Berfikir boleh melakukan
Fikirkan Boleh
Percaya apa kau lakukan
Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan
Engkau Boleh
Tuesday, December 2, 2008
Fikirkan Boleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
lagu piala thomas pok ang ni
aaan
hahahaa
Mungkin boleh cuba sentiasa hold-in perut tu dalam apa jua keadaan.
Secara tak langsung
perut sedang exercise.
Betul.
Semoga berjaya.
M
perempuan cerdas,
thanx for tips!
merci beaucoup!
PB (bukan Prison Break)
buncit?? tak mau....he3
jom tengok blog http://lanunsepet.blogspot.com
jgn lupa follow
Post a Comment