Monday, November 10, 2008

pemakanan atau cara memakan makanan

  1. betul ke disebabkan cara aku memakan makanan menyebabkan perut aku buncit gila?
  2. cara aku makan?
  3. aku memang makan laju gila. kunyah? kadang2 aku tak kunyah pun. terus telan. nikmat ke? ntah la aku pun tatau. orang kata kalau makan, kena kunyah sampai lumat. 44 kali. baru telan. aku dah try. tak boleh la! mesti tiga empat kali kunyah, mulut aku penat. terus nak telan.
  4. makan kejap. lepas tu aku minum. makan sikit. minum lagi. sebab tu perut aku buncit?
  5. makan lah dengan siapa pun. aku mesti paling awal habis. air aku pun abis cepat sebaik sahaja makanan aku habis. kadang2 kena order ais kosong satu!
  6. ada sorang kawan aku ni. kalau makan, alahai pelahannya. slow gila babi. memang kunyah tu kalau boleh nak selumat lumatnya. air pun dia minum lepas dia abis makan. kalau makan dengan dia. memang kena bersabar sikit. slow gila. kadang2 tension pon ada tunggu.
  7. tapi. kawan aku yang slow makan lemah lembut gemalai tu perut dia sangatlah ok kan. takde bonjolan lemak sedikit pon.
  8. aku kena ubah la cara aku makan ni. lagipon tak elok. gelojoh melahap.
  9. aku try la makan slow2. lambat pon lambat la. penat mulut pon penatla. aku try ok? aku try.

1 comment:

eryzal zainal said...

tau pun..
haish..malu kokrannn~!