- haih.. makin hari makin besar pulak perut aku ni.
- kadang-kadang sakit mata memandang.
- aku dah la tak kawen lagi tapi perut dah buncit semacam.
- awek aku selalu tegur aku pasal perut aku ni. aku tau dia tak suka. ni ha haritu aku tengok cerita apa ntah channel 122 astro. citer philipines kot. awek dia lawa. balak dia rambut panjang kuat makan. rambut lurus. kurus je tapi perut buncit. sebijik cam aku sial. siap suka kentut. suka berak. sebijik gila cam aku! nak dipendekkan cerita. awek dia punya la setia kat dia mula2 walaupun dia ni berkeadaan camtu. tapi last2 dia ni cam buat tak kisah je. takde usaha langsung nak kempiskan perut dia. pastu asyik tido je. malas pulak tu. semua kerja awek dia je yang buat. Last2 awek dia terpikat kat sorang mamat doctor sakit puan ni. handsome. badan gila tegap. dan rupa rupanya dok sebelah rumah je. awek dia ni last2 ada scandal ngan doctor tu. pastu awek dia break ngan dia si perut buncit. damn la cerita tu! buat aku takut!
- ayah awek aku pon penah tegur pasal perut aku ni. muda2 lagi dah buncit. dia yang dah berumur pon tak buncit. kata dia
- kawan2 selalu je mempersendakan ke-tak-istimewaan perut aku ni. kadang2 jadi bahan lawak. lawak sampai tergelak hingga menitiskan air mata.
- Aku ni asyik tangguh je kata nak jogging la sit up la pegi gym la apa lancau. semua aku tak buat. asyik menangguh nangguh lama tak buat. akibatnya perut aku semakin buncit!
- So...... mulai hari ni. aku akan cuba sedaya upaya aku. aku nak update kat sini apa aku nak buat setiap hari. apa usaha aku. dan apa achievement nya nanti.
- oh aku gak nak ukur perut aku ni berapa cm. so aku akan update sekiranya ada perubahan. perubahan menurun ataupun menaik lagi.
Tuesday, November 4, 2008
jangan buncit lagi please
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment