Monday, November 24, 2008

aku cinta kau si measure tape


  1. Lambat betul aku update kan?
  2. aku betul2 busyla. busy ngan kedai. busy dengan bola. kedai. bola balik. kedai aku. dan hidup bola aku. haih...
  3. baiklah, setelah lebih kurang seminggu aku tak update, meh la aku cerita sikit apa yang aku dah lakukan bagi merealisasikan impian aku mempunyai perut yang menarik dan berupaya mengukir senyuman awek aku kelak.
  4. sampai ke hari ini aku dah 3 minggu lebih dah tak makan nasi. sesuatu yang diluar jangkaan aku kerana aku teramat suka makan nasi suatu ketika dahulu. biarla macam mana sekali pon aku tetap tidak akan menjamah nasi walau sesedap mana sekali pon. ketabahan aku diuji dengan kuatnya di musim cuti sekolah. musim orang kawen. oh nasi minyak kegemaranku.
  5. minggu pertama aku memang tak miss jogging hari-hari naik turun bukit. tapi lately musim hujan. so aku dah menjadi kadang-kadang jogging, kadang-kadang tidak.
  6. setiap kali bangun tidur aku sentiasa menyakitkan perut aku dengan 100 kali sit up. usaha yang kadang kadang mengundang air mata dan berak di awal pagi.
  7. dan...... keputusannya......


  8. setelah seminggu lebih aku berusaha keras mempelbagaikan aktiviti dan menyeksa cara pemakanan aku, akhirnya aku dengan perasaan dup dap dup dap mengukur perut ku yang ku rasa kian lembik akhir akhir ini. buat pengetahuan semua dahulunya ia amat pejal dan terasa tebal.
  9. minggu lepas 35.5 inci. dan hasilnya sekarang aku berjaya mengurangkan 1.1 inci ukur lilit perut ku kepada 34.4 inci. Alhamdulillah. Walaupun perutku masih berbonjol ke depan tetapi at least aku berjaya mengurangkan tahap kebulatannya. Dan ku yakin satu hari kau pasti tewas perut. kau pasti tewas. kau pasti kempis. aku yakin.

3 comments:

aidafiqs adamia said...

Congratulations pakcik!!!

Unknown said...

tahniah p.cik! nanti kalo dah perut mcm michael scoffield share tips dgn muzri ye..huhuu!

Pakcik Perut Buncit said...

Aida dan Chun,

Thanx. Tapi seperti yang talah pakcik warwarkan di atas, perut pakcik masih nampak ketimbulannya sekaligus usaha pakcik selama ini masih belum berbaloi. Berikan pakcik semangat juang yang tinggi supaya pakcik berjaya menawan semula perut yang leper dan bukan buncit lagi.